Wednesday 28 December 2016

Dua Tahun Berlalu

Ini Kisah Aku

Aku hilang kata-kata. Doktor comel bermata galak (maaf, tak dapat aku terangkan wajahnya kerana tersembunyi disebalik topeng muka yang wajib dipakai sesiapa sahaja yang masuk ke wad isolasi Hospital Putarajaya) duduk di kiri katilku di bilik No2 Wad 4B membelakangi tingkap yang tertutup rapat terus dengan tekun menerangkan akan keadaan kesihatanku.
9 jam aku berjuang di Wad Kecemasan Dan Trauma dua hari lepas, masih tersisa rasa lelah dengan bermacam prosedur perubatan.yang dijalankan petugas Zon Merah. Tiub demi tiub darah diambil. IV drip dimasukkan ke lengan kananku serta-merta memandangkan aku sampai dalam keadaan yang langsung tiada tenaga. Hampir setahun selera makanku hampir mati. Setiap kali aku cuba makan pasti terasa seperti tersekat di tekakku. Rasa mual muncul tapi tiada apa yang keluar. Setiap malam suhu badanku akan turun dan naik sesuka hati. Bila dinyalakan kipas angin sampai ke tulang sumsum sejuknya. Tapi bila dimatikan, panas membara pula tubuh. Hampir setahun aku melalui malam tanpa tidur yang sempurna dan tiada siapa yang mengetahui waima aku tinggal bersama kakak ketika itu.
Melihatkan keadaan aku yang semakin kurus, akhirnya aku dipaksa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya petang itu juga. Seperti yang dijangka, ketika melalui saringan di bahagian triage soalan pertama adalah adakah aku mengambil sebarang jenis dadah memandangkan keadaan tubuh yang sangat kurus ketika itu. Aku hanya mampu menggeleng kepala sebelum dimasukkan ke Zon Merah.
Jam 10.00 malam kakakku memohon izin untuk melihat keadaanku. Dan memberitahu dia terpaksa balik kerana esok adalah hari bekerja. Sebuku roti krim dan secawan milo panas ditinggalkan untuk alas perut. Aku yang lemah cuma mampu melihat dia meninggalkanku.
Prosedur demi prosedur aku jalani. Datang seorang berpakaian baju putih memberitahu yang dia ingin menyuntik sejenis antibiotik melalui urat kakiku. Saat ubat tersebut masuk ke tubuh, pandanganku gelap seketika. Terasa seperti roh aku telah meninggalkan jasadku. Dadaku menjadi sesak. Tiub dimasukkan bagi membantu aku bernafas.
Benar! Saat itu aku rasa ajal sudah hampir sekali denganku. Saat pandanganku gelap itu aku bayangkan akhirnya aku dapat mengiringi arwah mak dan arwah kak long. Nyata masaku masih belum sampai. Aku sedar kembali.
Aku tak tahu berapa kali aku tertidur dan dijagakan oleh petugas. Rasa seolah-olah dah terlalu lama aku terbaring di situ. Sampai satu ketika datang seorang doktor perempuan menghampiriku dan memberitahu beliau akan menjalankan prosedur untuk mengeluarkan air dari paru-paruku dengan menyuntik aku menggunakan alatan khas dan menyedut keluar air tersebut.

Peralatan disediakan. Semua disusun rapi di sisiku. Sampai masa, aku ditolak masuk ke sebuah bilik khas dan diminta duduk. Kaki terjuntai disebelah kiri katil dan diberikan sebiiji bantal untuk sokongan (peluk). Beberapa jarum ubat bius disuntik di belakangku. Dalam menunggu ubat bius menjalankan tugasnya, jururawat dan doktor berkenaan cuba berbual denganku tapi aku cuma mampu berkata sepatah dua sahaja. Kemudian aku rasa ada jarum halus mencucuk bahagian kiri atas belakang tubuhku. Sakitnya bukan kepalang seolah ubat bius tadi tidak berkesan langsung. Aku mula marah. Dahlah sakit, penat sekarang prosedur ni pun menyakitkan.

Hampir sejam aku menahan rasa sakit tersebut dan hasilnya hampir 10 tiub cecair berwarna kemerahan diperoleh untuk dihantar ke makmal. Barulah aku dihantar ke Bilik 2, Wad 4B.

Baru rasa lega lepas perjuangan di wad kecemasan hingga awal pagi tadi, hari ini doktor yang sama datang mata tersenyum (beliau masih memakai topeng muka) memberitahu aku akan menjalani prosedur yang sama sekali lagi hari ini. Terlalu banyak air di paru-paru kiriku dan hakikatnya ia telah berhenti berfungsi untuk beberapa ketika sebelum aku masuk ke hospital lagi.  Dan juga menurutnya ada gelumbung udara juga dlm paru-paru aku.

Nama procedure yang telah dan akan aku jalani lagi nanti adalah Pleural Tap @Thoracentesis /ˌθɔːrəsᵻnˈtiːsᵻs/, (from Greek, thorax + centesis, puncture)(source : Wikipedia)  (tahu nama dia sb tny org yang berkaitan dlm bidang perubatan. A new knowledge for me.) Prosedur ini memerlukan pesakit duduk di birai katil dalam keadaan memeluk bantal sebangai sokongan. Doktor yang menjalankan tugas akan duduk di belakang pesakit dan akan memasukkan jarum yang disambung dengan tuib dan beg untuk menampung cecair yang bakal disedut keluar nanti. Jarum dicucuk ke bahagian pleural dan semua cecair akan dialirkan masuk ke dalam beg yang disediakan.





Aku dah rasa betapa sakitnya prosedur awal pagi tadi dan kalau boleh taknak dah go through proses tersebut tapi beliau meyakinkan yang ini untuk memulihkan kesihatan aku. Oleh kerana sendirian kat wad, tiada famili yang teman aku perlu buat keputusan segera. Akhirnya aku bersetuju dengan syarat aku mahu rasa sakit macam yang aku alami sebelum ini diminimakan atau dihilangkang terus. Persetujuan bilateral diperolehi dan petang itu juga aku perlu menjalani persedur tersebut.

Aku berehat sebentar sebelum sekumpulan pelajar pelatih datang ke wad aku dan buat data collection untuk pengajian mereka. Dua orang anam muda yang peramah jadi penemanku. Kemudian datang seorang sahabat alam maya aku. Kami sebelum ini langsung tak pernah bertemu muka. Hanya berbicara dan berbual di facebook. Beliau org pertama yang respon pada posting aku di facebook akan keadaan aku. It was quite a short visit but very meaningful.

Lepas lunch, doktor mata cantik dan nurse datang ke wad aku. Disorong troli berisi kelengkapan prosedur yang bakal aku jalani. Masa tu aku dah berdebar-debar. Terus-terang walaupun dulu aku kerap menderma darah tapi aku ngeri tengok jarum suntikan. Especially jarum untuk prosedur ini agak panjang dan besar.
Beliau seperti tahu apa yg aku fikirkan mula bersuara dan menenangkan aku. Diterangkan secara terperinci akan apa yang akan dilakukan dan aku akan dibius untuk mengelakkan aku rasa sakit seperti yang dijanjikan. Malas nak buang masa aku setuju je dengan apa yang beliau cakapkan.

Prosedur dimulakan. Janji ditepati. Sepanjang prosedur aku tak rasa apa pun cuma yang aku nampak cecair berwarna kemerahan disedut keluar dari paru-paru aku. Makin lama makin banyak. Sambil menjalankan tugas beliau cuba ajak aku berbual. Berapa lama aku pun tak pasti akhirnya siap sudah prosedur tersebut. Belakang aku ditampal dengan sesuatu. Apa tujuan pun aku tak pasti. Dan aku dipasangkan tiub di hidung bagi membantu proses pernafasan aku.

Masa ni selera makan aku masih belum datang. Aku cuma mampu minum je. Tengok makanan macam rasa loya kat tekak. Sebelah petang doktor ni datang lagi dan tanya kenapa aku tak jamah maknan aku. Aku cuma beritahu takda selera. Dan beliau cuba membantu dengan  bertanya apa makanan yang aku suka. Memang dari dulu aku penggemar sup terutama sup stail cina. Beliau berjanji akan inform pihak penyedia makanan untuk serve aku hanya sup dan sayur. Aku hanya mengangguk lemah. Kalau ikut hati nak je cakap yang tak hantar makanan pun tak mengapa. Bukan aku nak makan pun tapi kenang nanti free kena marah dengan doktor dan nurse aku senyap je, tak melawan.

Nanti kat canvas lain aku citer plak prosedur tebuk dada. Sampai sekarang dada belaha kiri aku berparut.

Sebelum mengakhiri coretan kanvas ni, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada team Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya, doktor houseman yang menjaga aku selama 36 hari aku kat wad, doktor-doktor pakar dan juga nurse juga MA yang melayan kerenah orang sakit aku selama aku dok sana. Dari bilik 2 dipindah ke isolation ward bilik 27. Setinggi-tinggi terima kasih pada seorang nurse ni, maaf dah lupa nama beliau. Kakak ni akan masuk ke ward aku setiap kali duty dia dengan beri salam dan sapa aku dengan ceria. Beliau selalu bg nasihat dan kata-kata semangat pada aku kalau beliau masuk ke wad aku untuk check tekanan darah dan suhu badan. Jutaan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam membantu aku sepanjang aku bercuti di situ. Jasa kalian hanya Allah yang mampu balas.

No comments:

Post a Comment