Wednesday 28 December 2016

Dua Tahun Berlalu

Ini Kisah Aku

Aku hilang kata-kata. Doktor comel bermata galak (maaf, tak dapat aku terangkan wajahnya kerana tersembunyi disebalik topeng muka yang wajib dipakai sesiapa sahaja yang masuk ke wad isolasi Hospital Putarajaya) duduk di kiri katilku di bilik No2 Wad 4B membelakangi tingkap yang tertutup rapat terus dengan tekun menerangkan akan keadaan kesihatanku.
9 jam aku berjuang di Wad Kecemasan Dan Trauma dua hari lepas, masih tersisa rasa lelah dengan bermacam prosedur perubatan.yang dijalankan petugas Zon Merah. Tiub demi tiub darah diambil. IV drip dimasukkan ke lengan kananku serta-merta memandangkan aku sampai dalam keadaan yang langsung tiada tenaga. Hampir setahun selera makanku hampir mati. Setiap kali aku cuba makan pasti terasa seperti tersekat di tekakku. Rasa mual muncul tapi tiada apa yang keluar. Setiap malam suhu badanku akan turun dan naik sesuka hati. Bila dinyalakan kipas angin sampai ke tulang sumsum sejuknya. Tapi bila dimatikan, panas membara pula tubuh. Hampir setahun aku melalui malam tanpa tidur yang sempurna dan tiada siapa yang mengetahui waima aku tinggal bersama kakak ketika itu.
Melihatkan keadaan aku yang semakin kurus, akhirnya aku dipaksa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya petang itu juga. Seperti yang dijangka, ketika melalui saringan di bahagian triage soalan pertama adalah adakah aku mengambil sebarang jenis dadah memandangkan keadaan tubuh yang sangat kurus ketika itu. Aku hanya mampu menggeleng kepala sebelum dimasukkan ke Zon Merah.
Jam 10.00 malam kakakku memohon izin untuk melihat keadaanku. Dan memberitahu dia terpaksa balik kerana esok adalah hari bekerja. Sebuku roti krim dan secawan milo panas ditinggalkan untuk alas perut. Aku yang lemah cuma mampu melihat dia meninggalkanku.
Prosedur demi prosedur aku jalani. Datang seorang berpakaian baju putih memberitahu yang dia ingin menyuntik sejenis antibiotik melalui urat kakiku. Saat ubat tersebut masuk ke tubuh, pandanganku gelap seketika. Terasa seperti roh aku telah meninggalkan jasadku. Dadaku menjadi sesak. Tiub dimasukkan bagi membantu aku bernafas.
Benar! Saat itu aku rasa ajal sudah hampir sekali denganku. Saat pandanganku gelap itu aku bayangkan akhirnya aku dapat mengiringi arwah mak dan arwah kak long. Nyata masaku masih belum sampai. Aku sedar kembali.
Aku tak tahu berapa kali aku tertidur dan dijagakan oleh petugas. Rasa seolah-olah dah terlalu lama aku terbaring di situ. Sampai satu ketika datang seorang doktor perempuan menghampiriku dan memberitahu beliau akan menjalankan prosedur untuk mengeluarkan air dari paru-paruku dengan menyuntik aku menggunakan alatan khas dan menyedut keluar air tersebut.

Peralatan disediakan. Semua disusun rapi di sisiku. Sampai masa, aku ditolak masuk ke sebuah bilik khas dan diminta duduk. Kaki terjuntai disebelah kiri katil dan diberikan sebiiji bantal untuk sokongan (peluk). Beberapa jarum ubat bius disuntik di belakangku. Dalam menunggu ubat bius menjalankan tugasnya, jururawat dan doktor berkenaan cuba berbual denganku tapi aku cuma mampu berkata sepatah dua sahaja. Kemudian aku rasa ada jarum halus mencucuk bahagian kiri atas belakang tubuhku. Sakitnya bukan kepalang seolah ubat bius tadi tidak berkesan langsung. Aku mula marah. Dahlah sakit, penat sekarang prosedur ni pun menyakitkan.

Hampir sejam aku menahan rasa sakit tersebut dan hasilnya hampir 10 tiub cecair berwarna kemerahan diperoleh untuk dihantar ke makmal. Barulah aku dihantar ke Bilik 2, Wad 4B.

Baru rasa lega lepas perjuangan di wad kecemasan hingga awal pagi tadi, hari ini doktor yang sama datang mata tersenyum (beliau masih memakai topeng muka) memberitahu aku akan menjalani prosedur yang sama sekali lagi hari ini. Terlalu banyak air di paru-paru kiriku dan hakikatnya ia telah berhenti berfungsi untuk beberapa ketika sebelum aku masuk ke hospital lagi.  Dan juga menurutnya ada gelumbung udara juga dlm paru-paru aku.

Nama procedure yang telah dan akan aku jalani lagi nanti adalah Pleural Tap @Thoracentesis /ˌθɔːrəsᵻnˈtiːsᵻs/, (from Greek, thorax + centesis, puncture)(source : Wikipedia)  (tahu nama dia sb tny org yang berkaitan dlm bidang perubatan. A new knowledge for me.) Prosedur ini memerlukan pesakit duduk di birai katil dalam keadaan memeluk bantal sebangai sokongan. Doktor yang menjalankan tugas akan duduk di belakang pesakit dan akan memasukkan jarum yang disambung dengan tuib dan beg untuk menampung cecair yang bakal disedut keluar nanti. Jarum dicucuk ke bahagian pleural dan semua cecair akan dialirkan masuk ke dalam beg yang disediakan.





Aku dah rasa betapa sakitnya prosedur awal pagi tadi dan kalau boleh taknak dah go through proses tersebut tapi beliau meyakinkan yang ini untuk memulihkan kesihatan aku. Oleh kerana sendirian kat wad, tiada famili yang teman aku perlu buat keputusan segera. Akhirnya aku bersetuju dengan syarat aku mahu rasa sakit macam yang aku alami sebelum ini diminimakan atau dihilangkang terus. Persetujuan bilateral diperolehi dan petang itu juga aku perlu menjalani persedur tersebut.

Aku berehat sebentar sebelum sekumpulan pelajar pelatih datang ke wad aku dan buat data collection untuk pengajian mereka. Dua orang anam muda yang peramah jadi penemanku. Kemudian datang seorang sahabat alam maya aku. Kami sebelum ini langsung tak pernah bertemu muka. Hanya berbicara dan berbual di facebook. Beliau org pertama yang respon pada posting aku di facebook akan keadaan aku. It was quite a short visit but very meaningful.

Lepas lunch, doktor mata cantik dan nurse datang ke wad aku. Disorong troli berisi kelengkapan prosedur yang bakal aku jalani. Masa tu aku dah berdebar-debar. Terus-terang walaupun dulu aku kerap menderma darah tapi aku ngeri tengok jarum suntikan. Especially jarum untuk prosedur ini agak panjang dan besar.
Beliau seperti tahu apa yg aku fikirkan mula bersuara dan menenangkan aku. Diterangkan secara terperinci akan apa yang akan dilakukan dan aku akan dibius untuk mengelakkan aku rasa sakit seperti yang dijanjikan. Malas nak buang masa aku setuju je dengan apa yang beliau cakapkan.

Prosedur dimulakan. Janji ditepati. Sepanjang prosedur aku tak rasa apa pun cuma yang aku nampak cecair berwarna kemerahan disedut keluar dari paru-paru aku. Makin lama makin banyak. Sambil menjalankan tugas beliau cuba ajak aku berbual. Berapa lama aku pun tak pasti akhirnya siap sudah prosedur tersebut. Belakang aku ditampal dengan sesuatu. Apa tujuan pun aku tak pasti. Dan aku dipasangkan tiub di hidung bagi membantu proses pernafasan aku.

Masa ni selera makan aku masih belum datang. Aku cuma mampu minum je. Tengok makanan macam rasa loya kat tekak. Sebelah petang doktor ni datang lagi dan tanya kenapa aku tak jamah maknan aku. Aku cuma beritahu takda selera. Dan beliau cuba membantu dengan  bertanya apa makanan yang aku suka. Memang dari dulu aku penggemar sup terutama sup stail cina. Beliau berjanji akan inform pihak penyedia makanan untuk serve aku hanya sup dan sayur. Aku hanya mengangguk lemah. Kalau ikut hati nak je cakap yang tak hantar makanan pun tak mengapa. Bukan aku nak makan pun tapi kenang nanti free kena marah dengan doktor dan nurse aku senyap je, tak melawan.

Nanti kat canvas lain aku citer plak prosedur tebuk dada. Sampai sekarang dada belaha kiri aku berparut.

Sebelum mengakhiri coretan kanvas ni, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada team Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya, doktor houseman yang menjaga aku selama 36 hari aku kat wad, doktor-doktor pakar dan juga nurse juga MA yang melayan kerenah orang sakit aku selama aku dok sana. Dari bilik 2 dipindah ke isolation ward bilik 27. Setinggi-tinggi terima kasih pada seorang nurse ni, maaf dah lupa nama beliau. Kakak ni akan masuk ke ward aku setiap kali duty dia dengan beri salam dan sapa aku dengan ceria. Beliau selalu bg nasihat dan kata-kata semangat pada aku kalau beliau masuk ke wad aku untuk check tekanan darah dan suhu badan. Jutaan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam membantu aku sepanjang aku bercuti di situ. Jasa kalian hanya Allah yang mampu balas.

Saturday 24 December 2016

Aku dan depresi part II

Hola readers!
Ayat intro bajet mcm ramai follower je.
Walhal hampeh.
Anyway lama aku tak menconteng kanvas aku yang ini.
Hari ni aku nak citer pasal depresi part II.
Tapi bukan sambungan yang aritu tau.
Ni my current depression state.
Aku xtau nak mula mcmana.
Kita throwback ke 11 tahun lepas dulu.
Tahun 2005.
Bermula kisah cinta mati aku.
Dgn seorang insan istimewa berumur 18 tahun, msh skolah n pada mata aku dia sgt matang xpadan dgn umur dia.
Bercinta la kitaorg wpun kerap bergaduh sb aku ni org yg sgt insecure. Mgkn past experience dgn family tunggang langgangnya dan pengkhianatan dr 1st love aku bdk kelantan tu.
Tapi kitaorg ttp bersama wpun kerap gaduh.
Sb dia byk ubah diri aku.
Sblm aku dgn dia aku tergolong dlm kumpulan yg agak liar.
Kuar tak tentu hala, sex seeker kat internet, clubs, one nite stand etc etc.
Lps kenal dia aku buang semua tu wpun kdg bila gaduh tu rs cam nak bt je semua bnd tu balik.
Dia pnh jaga aku kat ward seminggu due to lung problem. Seminggu dia x g sekolah dok jaga aku. Makan pakai aku semua dia uruskan masa tu.
Dan dia juga yg ada dlm ambulance dan pegang tangan aku sepanjang perjalanan. Aku igt lagi air mata dia tgk keadaan aku masa tu. Aku yang bodoh sebenarnya. Aku hukum diri aku sb keadaan adik beradik aku yg macam2 hal smp aku amik keputusan nak amik nyawa aku sendiri. Tapi dia setia jaga aku masa tu.
Then pernah dia plak nak amik nyawa dia, nak lari dari rumah, nak berhenti sekolah sb kantoi STD ms ujian nak derma darah.
Jenuh aku pujuk dia. Wpun penyakit tu bukan dari aku sb masa tu aku penderma darah yang aktif tapi sikit pun aku xder niat nak tglkan dia. Org sekeliling aku marah aku, kata aku bodoh sb msh nak jaga org yg jelas curang tp pd aku sekali aku berjanji smp bila2 aku pegang janji aku. Aku janji dengan dia yang aku akan jaga dia smp bila2 wpun kitaorg bkn couple lagi.
Tapi bercinta mcmana pun kalau dah tertulis hubungan tu xlama, tetap akan putus.
Dia tglkan aku sb salah faham bila ada kawan aku dtg rumah nak mengadu masalah dan masa tu dia xde kat rumah. FYI lps dia abis exam stpm dia, dia pindah duduk dengan aku.
Tanpa ada kata2 cuma sehelai kertas yang tertulis lirik lagu Hanya Kau Yang Mampu - Aizat, dia pindah dr rumah aku.
Aku amik masa beberapa bulan nak terima yg dia dah xder dengan aku. Tiada lagi cerita dia psl tpt keje dia sebelum tido. Tiada lagi teman aku makan sama2. Tiada lagi teman aku jalan2.
Lepas dia tglkan aku, aku masuk ward sb hypertension. 4 hari aku kat DEMC tapi dia setia dtg jenguk aku sepanjang aku kat ward. Sebelum dia g keje dan lps abis keje dia akan dtg jaga aku. Tapi sb ego dan emosi aku tak pedulikan dia. Aku xbcakap dgn dia. Aku cuba utk tak tgk muka dia.
Lps beberapa bulan dia pergi, dia dtg balik. Mengharap semuanya masih sama mcm dl. Tapi sekali lagi ego aku mengatasi segalanya. Aku layan dia tapi tidak seintim dulu. Smp dia beralih utk bina hubungan dgn sahabat aku sendiri.
Xlama lps tu, arwah mak sakit dan dok kat ward seminggu. Aku beritahu dia akan keadaan arwah mak dan dia dtg jenguk arwah mak. Sekali je aku jmp dia kat hospital. Lain waktu dia akan dtg tgk arwah mak time aku pergi keje.
Itulah last aku jmp dia. Tapi rasa rindu pada dia xpernah mati. Rs syg xpernah berubah wpun lepas tu aku cuba bina hubungan baru tapi semua tak berjaya. Paling lama bertahan pun sebulan.
Since 2012 aku dah berhenti mencari cinta. Aku bina hidup aku yg tunggang langgang sejak dia pergi dan mak meninggal setahun kemudian sendiri. Aku berbalik pada sikap lama aku. Jadi liar semula. Sex hanya untuk kepuasan sementara.
Tahun 2013 aku sedar yg apa aku buat tu tak boleh buat aku lupakan dia. In fact aku lagi igt pada dia. Aku mula mengasingkan diri dari masyarakat. Rumah kakak aku adalah tempat selamat aku. Hanya anak2 murid aku jd penghibur masa tu.
Bila aku diagnos dengan HIV bulan Oct 2014, org pertama yg aku igt dia. Aku nak sgt jmp dia masa tu. Keadaan kesihatan yg sgt teruk bt aku rs yg umur aku dah xpjg lagi. Aku perlu jmp dia. Aku perlu terangkan semua yg terjadi. Aku nak mintak maaf dengan dia.
One of my friend ada berhubung dengan dia through wechat tapi bila aku mtk id dia my friend reluctant nak bagi. For whatever reason aku pun taknak tahu.
Sejak tu aku terus cari dia. Smp satu hari aku search nama dia kat linkED dan aku jmp profile dia. Dlm gmbr2 tu dia npk happy sgt dgn kehidupan dia. Dia dpt kerjaya yg dia nak dr zaman dia sekolah. Aku pun rs aku xperlu ganggu kebahagiaan dia masa tu.
Tarikh 22 December 2016, aku online fb mcm biasa. Sejak awal bulan hubungan aku dgn family agak dingin. Aku lebih senang menyendiri. Tapi sejak aku balik MAHA aritu hubungan tu lebih dingin lagi. Aku pun tatau apa punca aku menjauhkan diri dari family aku.
Aku scroll timeline baca updates dr kawan2 fb aku dan aku terbac a ada post pasal kematian seseorang. Nama yang ditag tu sgt sgt familiar. Aku pun stalk profile nama tu.
Masya Allah! Itulah org yg selama ni aku cari. Aku rindu. Aku sayang. Tapi aku dpt tahu keberadaan dia bila dia dah xbernyawa. Pneumonia punca pemergiannya. Dan dia masuk ICU 11 December 2016 di Hosp Serdang sehari lepas aku g MAHA. Kalaulah aku tahu yg dia sakit, aku pasti aku akan pergi jaga dia wpun aku sendiri tak sihat.
Sekarang aku mmg sgt depress. Keadaan kewangan yg makin meruncing, dengan emosi aku yg sgt xstabil dan tambah plak dia dah xder. Org yg aku selama ni berharap dpt jmp kembali dah pergi tinggalkan aku. Aku jadi buntu. Lepas arwah mak dan arwah kak long, arwahlah org paling penting dlm hidup aku. Skrg dia pun dah xde. Aku rasa hidup aku kosong.
Dah kering air mata ni. Klau xsebab aku kne amik ubat HAART aku confirm xkan sentuh makanan. Skng aku mkn cuma sekali sehari dan dlm kuantiti yg minima jus nak elak kesan dr makan ubat dlm keadaan perut kosong.
Aku tak tahu apa dan ke mana hala tuju aku skng.
Bila aku akan dpt keluar dr tekanan ni aku tak pasti tapi yg aku tahu ini akan ambil masa yg sangat lama.
Pesan utk arwah :
I do love u.
I care bout u.

Klau awak igt lagi dec 25th ni spttnya ulang tahun kita ke 11. Igt tak dulu kita akan sambut tarikh kita jmp tiap2 bulan? Kita g mkn, tuka hadiah...klau org lupa awak mesti mrajuk. Dan selalunya tarikh tu jugak kita akan gaduh.  

Every single day since u left I miss u without fail.
Am sorry for all that happened.
Sorry for all the tears all these while.
But I want u to know, there will be no one after u awak.
Hanya awak dlm hati saya.
Hanya awak yang mampu bahagiakan saya mcm lirik lagu yg awak tinggalkan tu.
Org akan usaha keras utk bolehkan org ke Tangkak sekurang2nya sebulan sekali utk pergi kubur awak. Dan semoga bila ajal org smp nanti, kita akan dpt bertemu semula di alam yang satu lagi. Awak, mak, kak long dan org akan kembali mcm dulu2 semula.

Saturday 17 December 2016

Aku dan Depresi

As salam readers!
Rasa cam dah lama je x update kisah aku.
Mgkn rasa mcm tiada yang berminat pun nak tau perit jerih kehidupan aku ni.
Tapi aku perlukan kanvas ini untuk aku lepaskan apa yang tak mampu aku luahkan dengan kata-kata.
Ok...contengan kanvas kali ni pasal depression @ kemurungan.
Aku pun xberapa nak pandai nak explain apa itu kemurungan. Mungkin sahabat boleh rajinkan diri tanya En. Google untuk dapat lebih penerangan.
But for now am really depress. Not because my sickness (read : HIV+) but more towards my frustration towards my financial condition. Dalam previous post aku dah cerita tentang kesukaran aku nak kerja sebab stigma dan diskriminasi majikan pada orang macam aku dan juga fizikal aku yang tak sekuat dulu sebab after effect ubat tuberculosis (tibi) yang beri kesan pada saraf kaki aku.
Sila rujuk kanvas sebelum ini untuk refresh tentang itu.
Depression dan aku bukanlah sesuatu yang asing. Turun naik kehidupan buat aku dah lalu proses depression ni sejak aku berumur 14 tahun lagi.
Begini puncanya :
Aku lahir dalam sebuah keluarga yang terlihat sangat sempurna. Aku anak bongsu dan lelaki tunggal dari 3 adik-beradik dari ibu dan ayah yang sama. Atas aku ada seorang kakak dan dua abang hasil dari perkahwinan pertama ibu. Dibawah aku ada tiga adik perempuan hasil perkahwinan kedua ayah selepas berpisah dengan ibu.
To be exact, mereka berpisah secara rasmi masa aku tingkatan 2. Berusia 14 tahun. Sebagai satu-satunya anak lelaki, aku sangat rapat dengan ayah. Dan sangat manja dengan ibu. Selepas peristiwa perpisahan mereka, aku rasa kosong. Hilang kasih sayang ayah. Hilang tempat aku bermanja selepas ibu.
Kemurungan aku bermula sejak itu. Kemudian bertambah murung apabila ibu berkeputusan untuk berpindah dari Ipoh ke Kuantan. Aku taknak sebab aku akan hilang kawan-kawan aku sejak sekolah rendah lagi. FYI, aku tiada so called childhood friends sebab keluarga kami kerap berpindah. Tapi sebagai anak bongsu, aku tiada pilihan selain dari mengikuti kehendak ibu.
Bila aku memulakan sessi persekolahan di Kuantan (salah sebuah sekolah elit menurut kata ibu) aku mula mengasingkan diri. Persekitaran baru aku sangat tidak kondusif. Berpunca dari aku berlatarbelakang sekolah all boys ke sekolah campur. Dan mungkin persekitaran aku di Ipoh I don't mix much with Malays. Sekolah baru aku 90% Melayu dan dari golongan anak-anak orang berada dan bergelar di sekitar Kuantan.
Aku mula kerap ponteng sekolah tapi aku tak merayau di mall atau bandar. I just stay at home. Dan aku mula jadi loner. Aku senang bersendiri. Ibu terlalu sibuk dengan tugas sebagai tukang masak untuk kantin sekolah. Sebelum subuh dah pergi kerja dan akan sampai ke rumah lepas Maghrib.
Aku sedar perubahan diri aku hingga aku mula membaca dan mencari informasi tentang kemurungan. Zaman tu belum ada internet jadi buku-buku berkaitan psikologi jadi bahan bacaan aku di library sekolah (itupun kalau aku ke sekolah, library adalah safe zone aku). Sampai satu masa bila aku encounter pengalaman sex pertama aku, aku tahu yang aku perlu bantuan.
Tanpa pengetahuan ibu dan kakak (me and my mom staying with my married sister) aku buat keputusan untuk dapat bantuan pakar. Aku ke hospital. Tapi usaha aku terbantut dek kerana aku minor dan segala perihal perubatan perlu dapat persetujuan dan perlu diiringi oleh orang dewasa.
Non of my family member knows that am depress. For them its more important to find money than knowing my mental health condition.
Aku buntu tapi bila melangkah ke tingkatan 3, hidup aku sedikit berubah. Aku sibuk dengan kelas tusyen. Penat sebab tiap2 hari kena jalan kaki dari sekolah ke tempat tusyen aku dalam 1 jam perjalanan. Dan aku dapat kawan yang sekepala dengan aku kat sekolah dan tusyen sama-sama.
Sebelum tu, untuk aku "rawat" diri aku, aku akan ikut ibu kerja di restoran di tepi pantai setiap hujung minggu. Aku berkawan dengan pakcik, makcik, kakak, abang yg bekerja di kawasan sama. Tapi bila melangkah masuk tingkatan 3 ibu minta aku fokus pada pelajaran. Duit nafkah RM450 sebulan (kadang dapat cukup, kadang kurang) dari ayah buatkan aku tiada masalah soal duit. On top of that aku masih dapat duit belanja RM10 sehari untuk sekolah dan tusyen. But money can't buy happiness. Dan selepas my 1st sexual encounter tu, aku makin kerap mencari kepuasan nafsu.
Aku tak pernah ponteng tusyen tapi sangat jarang ke sekolah. Bila diumumkan keputusan PMR, aku dapat 4 A dan 4B. The best among my siblings. Dan ibu ada beritahu, kalau aku rajin ke sekolah pasti keputusan aku akan lebih baik. Ini masa aku gunakan untuk psycho ibu. Aku beritahu aku boleh jadi macam dulu dengan syarat aku ingin kembali bersekolah di Ipoh.
Lepas berbincang dengan kakak-kakak aku, they finally agreed. Tingkatan 4 aku kembali ke sekolah lama aku di Ipoh. Tapi sebelum itu ada juga pertelingkahan dengan keluarga aku.
Lepas saja habis PMR, aku dah tidak lagi ke sekolah. Petang tu juga aku keluar cari kerja untuk isi masa kurang lebih 2 bulan sebelum masuk tingkatan 4. Aku bekerja di restoran A&W di Kuantan. Aku mula explore social life. Berkawan dengan orang lebih dewasa. Bergaul dengan macam-macam orang but the best part is am too tired to seek sexual fun. Lps 2 minggu bekerja, aku start lepak kat asrama pekerja. Balik kerja aku ikut abang-abang aku tu lepak snooker. Lepak minum kat kedai. I had fun. Aku macam lupa jap aku ada masalah.
Boss pun sayangkan aku. Sampai masa aku nak resign dia tak setuju. Aku ada masa depan dalam bidang f&b katanya. Boss aku ni bukan Melayu. Dia selalu cakap aku rajin dan cepat tangkap ilmu yang dia ajar. Tapi akademik memang keutamaan aku. So dengan minat pada bidang kulinari plus experience kerja di fast food, aku nak masuk sekolah vokasional di Setapak yang khusus untuk bidang yang aku minat ni. Sayangnya ditentang oleh keluarga. Mereka mahukan aku ke sekolah teknik. Untuk jadi adil pada semua, aku buat keputusan biar aku ke sekolah harian biasa. Biar semua putih mata. Aku gagal nak masuk vokay dan famili aku gagal tengok aku ke teknik.
Tukar kembali ke sekolah di Ipoh, kebanyakkan kawan aku dah bertukar sekolah sama ada teknik @ vokay. Plus aku kesian pada ibu yang berjualan nasi lemak tiap-tiap hari untuk tampung perbelanjaan kami.
Aku  buat keputusan nak berhenti sekolah. Sebulan bulan Ramadhan aku langsung tak ke sekolah. Ibu tak mampu nak cakap apa dah. Kak long setiap kali balik kerja akan marah aku. Tapi aku pekakkan telinga. Aku terus mengasingkan diri dari famili. Dunia aku adalah bilik aku. Kawan aku tv dan buku. Aku tak bercakap dengan sesiapapun.
Mungkin kerana terlalu terbeban dengan sikap aku yang tak berganjak dengan keputusan aku, ibu menceritakan perihal aku pada jiran kami. Seorang guru bergelar ustazah di sekolah yang cuma 5 minit dari rumah. Slowly beliau pujuk aku untuk kembali bersekolah dengan syarat tukar sekolah ke sekolah beliau mengajar.
After long session of memujuk, I finally changed my mind. Lepas Aidilfitri, aku bertukar sekolah lagi.
Mungkin pengetua dan guru-guru lain dah diberitahu tentang permasalahan aku, hidup aku berubah 360° bila aku di sekolah ini.
Aku dilantik jadi pengawas dalam tempoh sebulan. Kemudian aku banyak dihantar ke kem motivasi. Amongst all aku hadir ke Kem Perkaderan GPMS di Institut GPMS di Batu Gajah. Sepanjang kursus tu aku dibrainwash oleh abang / kakak fasilitator dan itu permulaan aku kembali dapat diri aku.
Di sekolah aku jadi sangat aktif dalam ko kurikulum. Persatuan Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, koir, nasyid, kelas pemantapan Bahasa Inggeris dan macam-macam lagi. Hujung minggu aku isi masa di Institut GPMS jadi junior fasilitator untuk kursus-kursus yang diadakan.
Dari situ masalah kemurungan aku dirawat. Aku jadi seorang yang sangat percaya diri. Dan aku mula bersosial. In a good way of course.
Aku diajar untuk jadi vokal dalam menyuarakan pandangan. Dengan jawatan pengerusi persatuan aku belajar untuk mengendali ahli-ahli dan buat keputusan untuk persatuan. Belajar teknik musyawarah dengan guru pembimbing persatuan. Berkomunikasi dengan pelbagai golongan masyarakat.
Sadly that sweet moments didn't last long. Bout 6 months before SPM, our landlord chase us out of his house. Puncanya dia gagal jelaskan cukai pintu dan pihak PBT keluarkan notes untuk sita barangan kami yang tinggal di rumah tersebut. Selepas berbincang dengan pegawai tersebut, beliau minta kami membayar tunggakan tersebut secara ansuran. Aku berjumpa dengan tuan rumah untuk berbincang akan bayaran sewa rumah akan aku bayar pada PBT sampai langsai semua tunggakan.
Tuan rumah marah dan beri kami masa 2 minggu untuk kosongkan rumah tersebut. Masa itu aku cuma tinggal bersama ibu kerana kak long dah ditukarkan ke Shah Alam.
Hampir 2 minggu urusan sekolah aku tunggang langgang. Kena cari rumah sewa lain untuk aku dan Ibu berteduh. Semua aku buat sendiri. Sampai satu tahap, aku masih gagal dapatkan rumah lain.
Aku buat keputusan untuk minta ibu tinggal di Kuantan kembali bersama my 2nd sister sementara aku tinggal di Ipoh untuk tamatkan SPM aku. Keputusan yang sangat sukar untuk aku dan ibu sebab kami tak pernah berpisah. Tapi ibu akur akhirnya.
Aku tinggal dengan keluarga kawan kak long. Tapi aku tak dapat sesuaikan diri.
Oh ya! Dalam aku mencari rumah sewa / tempat tinggal sementara, ada seorang guru yang menawarkan untuk aku tinggal bersama beliau. Kebetulan anak dan anak saudara beliau sama kelas dengan aku. Tapi mendapat tentangan guru-guru lain kerana beliau bukan Islam. Aku mula berang. Bukan niat untuk jadi kurang ajar tapi aku katakan pada guru-guru Islamku di mana mereka masa aku terkapai-kapai sebelum ni? Apa solusi yang guru-guru Islam ni beri pada aku? Tapi bila ada yang bukan Islam menawarkan bantuan, semua melompat dan menghalang.
Tak lama aku tinggal dengan keluarga tersebut. Aku tak menyesuaikan diri di situ. Akhirnya pengelola Institut GPMS menawarkan aku tinggal di tapak kursus tersebut. Aku pun berpindah ke situ. FYI tapak kursus tersebut agak jauh dari bandar. Dan agak jauh dari orang kampung. Kalau tiada aktiviti memang sangat terasing lokasinya.
Masa aku tinggal di situ, ada 2 orang siswa UTM yang juga abang fasilitator GPMS tinggal di situ sementara menjalani internship. Bermula lembaran baru dalam hidup. Semua urusan hidup seharian aku perlu lakukan sendiri. Sampai masa aku tinggal sendirian di situ tapi setiap malam ada pakcik pengawal datang menemani.
Aku masih sibuk dengan aktiviti di sekolah tapi kerinduan pada ibu sangat kuat.
Sampai aku pernah sebulan tak sekolah kononnya nak balik Kuantan untuk cuti hujung minggu.
Aku syukur sebab masa tu aku ada kekawan yang rajin datang lepak dengan aku kat tempat jin bertendang tu. Datang teman buat bising, datang lepak buat port ponteng, port isap rokok, port study group.
Panjang sangat dah ni....nanti aku sambung lagi kemurungan aku lepas SPM.
Anyway aku rawat depression aku sendiri. Famili tak pernah tahu dan faham my psychological issue walaupun nampak perubahan sikap aku. Dan rawatan dibantu oleh guru-guru di Sekolah Menengah Kampung Pasir Puteh, Ipoh terutama sekali Ustazah Zaharah, jiran aku, Miss Dena How, Ustazah Puan Tuan Zanariah Tuan Zahari, Ustaz Adnan, pembimbing dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung cawangan Perak. Antaranya Tuan Haji Zainal, Abah, Mama, Ibu, Abang Tajul, Abang Asri, Abg Danial, dan lain-lain yang tak dapat aku nak ingat semua.
Because of all of you my life totally changed.
Hanya Allah yang dapat balas jasa kalian.

Friday 9 December 2016

Aku Sekarang

AKU kembali!
Tapi kali ni aku sekadar ingin berkongsi cerita di mana aku sekarang.
Episod pengenalan yang cukup memeningkan itu kita lupakan dulu. Panjang lagi kisah aku akan aku coret di kanvas maya ini.
Tapi sebelum kita flashback bagaimana segala bermula sedari sejarah keluarga aku hingga detik 2 tahun lalu, lebih baik kota fokuskan kedudukan aku sekarang. Bak kata orang Barat past is past. What matters is now and future.
Secara lahirnya orang disekeliling aku sekarang melihat aku sangat berkeyakinan tinggi. Aku mampu bergaul dengan siapa sahaja yang sihat tanpa ada rasa takut akan diskriminasi. Malahan bila ada yang bertanya kenapa langkah kaki aku agak tidak stabil dan aku terlihat tidak sihat pada wajah, aku tanpa segan tanpa silu memberitahu yang aku adalah pesakit HIV. Prinsip aku mudah : terpulang pada mereka mahu menghakimi aku mengikut kefahaman mereka akan penyakit aku ini tapi aku tahu setiap manusia ada khilaf mereka sendiri. Semua manusia adalah pendosa baik yang kecil mahupun yang besar kecuali Nabi, Rasul dan mereka yang dipilih Allah secara khusus. Ada yang diperingatkan akan dosa mereka dengan ditarik nikmat material, dihilangkangkan kebahagiaan kekeluargaan dan silaturrahim tapi aku, insan bertuah terpilih di kalangan pendosa yang ramai di luar sana untuk diperingatkan akan dosa aku dengan ditarik nikmat kesihatan. Diberi penyakit yang setakat ini secara klinikal dan saintifik masih tiada penawarnya.
Adakah aku menolak ketentuan ini? Tidak sama sekali. Aku tetap berdiri bangga dikalangan pendosa lain yang tidak diuji sehebat aku. Aku tetap bergaul dengan semua orang disekelilingku. Dan status HIV itu adalah aku. Kenapa perlu takut akan stigma dan diskriminasi? Walaupun kita sihat tetapi stigma dan diskriminasi tetap berlaku di mana-mana.
Contoh : sekumpulan anak remaja yang berpakaian serba hitam, berambut ala-ala landak, memakai aksesori yang ada stud, berkasut boot dr marten, golongan ini juga dipandang serong.oleh ahli masyarakat yang "normal". Didiskriminasi dengan anak-anak mereka dihalang dari bergaul dengan kumpulan ini. Diberi stigma yang mereka ini adalah kumpulan anak yang keciciran dari sistem pendidikan. Tapi adakah masyarakat "normal" pernah cuba menghampiri dan mengenali mereka?
Itulah yang terjadi pada kumpulan pesakit HIV. Mereka sama ada disisihkan kerana faktor- faktor jangkitan penyakit ini berpunca dari kesilapan memilih jalan hidup. Dadah (berkongsi jarum suntikan), sex bebas, pekerja sex malahan yang terlibat dalam kegiatan LGBT. Sangat kurang sekali penyakit ini berjangkit akibat pemindahan darahx terima kasih kepada pembangunan teknologi sekarang. Malahan jangkitan dari ibu yang positif kepada anak juga jika tak salah semakin berkurangan berbanding 20 tahun lepas. Dalam bahasa mudahnya, pesakit HIV dilihat sebagai "orang jahat" dalam pandangan masyarakat. (Aku akan berbalik tentang topik diskriminasi ni kemudian, bagaimana aku dan sahabat senasib yang yang didiskriminasi sistem terutama dalam mencari pekerjaan)
Ada juga pesakit yang mensisihkan diri mereka sendiri. Hanya kerana tubuh berdosa itu dihuni virus pembunuh itu, mereka malu untuk menjadi "normal". Mereka memilih untuk "bersembunyi di dalam almari" atau hide inside the closet kerana takut akan ancaman penyisihan. Buka minda anda wahai penghidap HIV! Penyakit di tubuh kita ni bukan mudah berjangkit macam penyakit bawaan udara atau air. Aku sendiri pasti masyarakat sekarang di era maklumat di hujung jari sudah sedia maklum akan cara jangkitan. Waima berkongsi gelas / penyedut minuman pun bukan masalah walaupun ada konsentrasi virus tersebut dalam elemen siliva manusia tapi terlalu sedikit untuk menyebabkan penyebaran. Menurut mentor dalam aktivis HIV aku, jangkitan melalui air liur hanya boleh terjadi jika air liur terkumpul sebanyak 7 kolam (dah macam cerita Puteri Gunung Ledang plak) - aku masih belum dapat mensahihkan maklumat tersebut. Mungkin ada dikalangan reader yang berpengalaman dalam bidang perubatan dapat mensahihkan maklumat tersebut.
Panjang pulak aku mengomel pasal stigma, diskriminasi, disishkan dan menyisihkan.
Aku sekarang mengalami side effect ubat tuberculosis yang perlu aku makan selama 9 bulan sebelum ini (menurut kata doktor yang merawat aku). Kesannya saraf kaki aku tidak begitu kuat dan aku merasakan seolah-olah kebas /semut-semut dikedua belah tapak kaki aku. Sebelah kiri yang punya lebih rasa tersebut.
Selepas aku keluar dari zon pesakit HIV, aku kembali berusaha membina kehidupan aku yang terhenti sejak sekian lama. Tekanan keluarga buat aku pernah tidur di merata-rata termasuk rumah keluarga angkat aku, rumah penggiat aktiviti HIV dan juga dijalanan. Ini antara perkara yang tak aku ceritakan pada keluarga, sahabat juga mereka yang tak pernah jemu menyokong aku sepanjang bergelar pesakit HIV.
Hinggalah pada satu ketika aku diberikan rezki untuk kembali bekerja. Dengan berbekalkan pengalaman bekerja di bidang F&B, aku mula bekerja Pavillion Kuala Lumpur tapi sayangnya dalam masa bulan dari tarikh aku mula bekerja outlet tersebut akan ditutup.
Bermula pencarian perkerjaan baru dan akhirnya aku dapat pekerjaan di salah sebuah mall di Bukit Bintang. Memandangkang keadaan kesihatan aku yang sangat sensitif pada batuk dan selsema juga keadaan kaki yang membengkak tanpa sebab, akhirnya aku dinasihati berhenti kerja.
Kembali aku menumpang di rumah keluarga tapi keadaan ekonomi mereka juga sangat tidak stabil. Aku diberi tekanan demi tekanan untuk mencari pekerjaan walaupun itu adalah sesuatu yang hampir mustahil terutama dengan keadaan kesan sampingan ubat pada kedua belah kakiku.
Ya, keluarga aku menerima aku seadanya tapi tahap pemahaman mereka tentang penyakit ini juga masih rendah. Jika aku dikurniakan tubuh yang sihat seperti dulu pasti aku mahu bina kembali kerjaya aku. Punya asset. Mengembara ke serata pelusuk dunia. Tunggu! Mungkin ada yang tanya tentang perkahwinan. Maaf semua, aku adalah antara segolongan manusia yang tidak percaya pada konsep perkahwinan. Kembangan cerita kenapa.aku mengelakkan perkahwinan akan aku terangkan dalam kanvas yang lain.
Sekarang sebenarnya aku sedikit tertekan dengan keadaan hidup aku. Hidup menumpang rumah orang, keadaan kewangan yang sangat tidak stabil dan jujur aku katakan aku mula menyisihkan diri aku dari keluarga.
Disebalik tekanan itu aku masih mencari peluang untuk menjalankan perniagaan sendiri. Bermula dengan kolaborasi dengan sahabat keluarga menjalankan pemasaran cetakan tshirt, merangka mengeluarkan produk makanan dan pakaian patuh syariah.
Cuma bila modal menjadi penghalang aku akan jadi serabut kembali.
Submission permohonan pinjaman Hijrah Selangor sudah aku buat. Sayangnya permohonan untuk tahun 2016 sudah dihentikan. Aku perlu menunggu Januari 2017 untuk keputusan permohonan.
Aku juga dalam mengumpul dokumentasi untuk permohonan Skim Teman TEKUN cuma masalahnya aku perlu ada 5 orang sekumpulan baru aku boleh hantar permohonan aku.
Yang paling menyedihkan aku usaha untuk aku mengeluarkan simpnana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak mendapat sokongan doktor yang merawat aku. Tidak aku nafikan kepakaran beliau tapi beliau harus faham yang proses memulakan hidup.bukan sesuatu yang mudah. Aku tak minta beliau menipu laporan perubatan aku tapi cukup memberi gambaran kepada Panel Perubatan KWSP yang aku sudah tidak competent untuk bekerja seperti dahulu. Dengan wang yang ada sekurang-kurangnya dapat aku mulakan perniagaan yang aku boleh jalankan di rumah.
Dengan dana tersebut juga dapat aku dahulukan wang deposit rumah sewa sebelum bayaran bulanan dibiayai oleh pihak zakat.
Keadaan ekonomi dan kewangan yang sangat menggangu aku sekarang. Bukan disebabkan penyakit aku ini lagi.
Tempoh 2 hari selepas mendapat perkhabaran keputusan diagnosa cukup untuk aku kembali merangka perancangan hidup aku seterusnya tanpa menyembunyikan status kesihatan aku. Walaupun aku penghidap HIV+, aku adalah manusia normal seperti anda semua di luar sana.

Rantaian Aksara Sulong

Ini Kisah Aku


Pengenalan / Mukkadimah / Intro

 Dalam pengkisahan ini watak utama tidak ada mempunyai nama khusus. Kenapa aku memilih corak tidak konvensional sedangkan penulis lain menggarap pelbagai nama indah menjadi pendukung watak utama dalam kisah mereka? Jawapanku mudah kerana AKU itu ada di mana-mana, dalam pelbagai rupa, pelbagai bangsa, pelbagai karier dan macam-mac pelbagai lagi. Mungkin AKU dalam kisah ini adalah jiran anda atau ahli keluarga anda atau jika anda  membaca kisah ini di dalam pengangkutan awam, AKU itu adalah insan yang duduk di sebelah anda dengan pakai cap terbalik dan telinga disumbat "earphone" sambil memegang akhbar The Sun yang didapati percuma di pintu masuk LRT KL Sentral.  Atau mungkin AKU itu sekarang pemandu kereta disebelah kanan anda yang terlihat tenang menunggu bertukarnya lampu isyarat dari merah ke hijau dengan mulut terkumat kamit, mungkin berzikir atau mengikut bacaan ayat suci atau mungkin menyanyi lagu kegemarannya yang dimainkan di radio.

Panjang pula mukkadimah tentang siapa AKU yang aku bakal coretkan dalam helaian-helaian berikutnya. Nanti semakin celaru jika aku terus cuba mengistilahkan siapa AKU dalam riwayat hidup zaman moden ini. Biarlah hanya aku yang mengenali AKU. Biar aku yang menjadi jari AKU dalam mencoret kisah turun naik AKU yang entah bila akan terhenti. Selagi AKU masih bernyawa selagi itulah akan terconteng pelbagai kisah suka duka seorang makhluk istimewa ini. Jika Sang Sakratul Maut sudah datang menjemput, akan bermula pula sebuah kisah baru. Kisah di alam persinggahan sebelum bangkit semula memulakan kisah di Hari Pembalasan. Sayangnya aku tak mampu lagi mencoret kisah AKU saat AKU sudah berhijrah ke alam barzakh. Kisah AKU akan terhenti di saat tanah dikambus menutupi jasad kakunya kelak.

 Aduh! Maafkan aku sebab terus menyambung mukkadimah akan siapa diri AKU. Kita teruskan dengan Ini Kisah aku.